aku curikkkkkk!!huhuhu

Published by grey under on 9:12 PM



Kamu mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.


Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Masa akan menentukan segalanya
, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.

Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali! mungkin tiada lagi peluang kedua.

Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu, atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada. Orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.

Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu.

Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang berbaik untuk diri kita. tetapi, sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.Mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

p/s : aku curik ni dr blog kwn ku yg cumel........sbb ayat2 ni sedikit sebanyak dia tuju kat aku so aku curik tanpa was2.....*larikkkkkkkkkkkkkkk

8 comments:

Anonymous said... @ 9:15 AM

ayat ni die tujukan kat ko grey...
:) kamarul

grey said... @ 2:36 PM

kamarul>bukan dia tuju kat aku laa...aku tuju kat diri ku sendiri :)

kunimitsu>ni lukisan lama laa kuni....skrg oleh kerana tension sgt aku nak melukis balik...........GERAM!!

Alang Blalang said... @ 6:03 PM

grey....ko curiiikkk apa ni??tetiba je nak laaariiikk

grey said... @ 2:19 AM

aku curik tapi mintak kebenaran kemudian

Alang Blalang said... @ 9:27 PM

oo kiranya pinjam untuk selama2nya lah yer??

grey said... @ 7:31 AM

huhu tahu takper lang

Alang Blalang said... @ 5:15 PM

wah..gagah brani si grey ni!!

grey said... @ 3:37 AM

mana ade gagahnye......wakakakak........

Post a Comment