aku curik lagi!!huhuhu

Published by grey under on 2:22 AM

Ajarkan Aku Erti Cinta
Bulan,
Hati ku ini sekali lagi terusik
Gundah dan resah
Takut dan risau
Keliru dan buntu
Dek kerana semua ini

Aku gundah dan resah
Kerana aku tak pasti apakah dia jawapan yang sebenarnya
Aku takut dan risau
Akan kehilangan dia dari hidup ku
Aku keliru dan buntu
Antara kasih dan persahabatan

Bulan,
Kekadang aku bertanya pada diri ku sendiri
Kenapa selalu aku yang akan menderita
Kenapa aku masih lagi mencari cinta pada orang yang tak mencintai
Sedangkan sudah ku tahu jawapannya
Apakah ini yang dinamakan cinta itu buta?
Apakah ini yang dinamakan cinta itu umpama racun?
Yang boleh membunuh sesiapa saja yang terkena bisanya

Bulan,
Fahamkah kau tentang erti cinta?
Ajarkanlah pada ku
Tentang apa itu cinta
Tentang erti kasih
Tentang erti rindu
Aku ingin tahu segalanya
Biar ku selami sendiri nanti apakah dia cinta
Biar ku fahami sendiri hukum cinta
Agar dapat ku nanti katakan pada semua bahawa inilah cinta sejati
Cinta yang tulus suci
Kasih yang kudus tinggi
Rindu yang mulus murni
Yang terbit dari hati yang dambakan cinta ikhlas ini
Yang faham tentang hukum cinta
Agar dapat ku nanti fahamkan dia tentang hukum cinta
Yang hanya wujud dalam hati yang tulus
Yang hidup dalam lafaz kata yang ikhlas
Yang tak pinta dibalasi atau dihargai dengan segala wang
Hanya kejujuran dan keikhlasan serta pengorbanan saja yang ku harapkan
Daripada seorang kekasih yang benar-benar mengasihi
Daripada seorang pencinta yang amat mencintai
Daripada seorang perindu yang terlalu merindui
Kerana ku yakin bahawa cinta itu hakikat
Yang dapat menyuluhi jalan hidup insan
Yang dapat menghapuskan duri-duri dendam.

p/s:poem ni aku curik dr sahabat baik aku gak......apo yg dia tulis ade kaitan dgn apo yg berlaku kat aku skrg ni......sama laa kita wahai si jambul!!

3 comments:

Alang Blalang said... @ 5:13 PM

aiyo..sorang lagi nak datang bulan!!

grey said... @ 3:36 AM

aku dah ok tapi bosan laa......aku x nak jiwang2 ni....semuanya dusta belaka

grey said... @ 3:28 AM

taknak pakai tuala tu.......x senonoh

Post a Comment